Sunday, November 21, 2010

Safety First ! Welding...


-Sebelum melakukan kerja kimpalan, pemeterian, pemotongan dan pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal atau alat Oxy-Acetylene, anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada pegawai anda dengan mengisi borang ‘Hot Work Permit’.
-Kerja kimpalan arka perlu dikendalikan oleh pekerja teknikal yang berkelayakan dan mahir.
-Alat perlindungan keselamatan yang sesuai iaitu alat perlindungan muka dan mata seperti welding shield dan safety goggles, sarung tangan dan kasut keselamatan serta lain-lain alat perlindungan dipakai di sepanjang masa kerja.
-Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap beracun.
-Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber yang mudah terbakar.

No comments:

Post a Comment